1. Ada yang pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah ‘kegebuan’ leher dan dadanya. Sedangkan dalam ceramah2 agama, ustaz-ustaz membacakan ayat Al-Quran yang meminta wanita melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka.2. Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat!!!. Bahaya mendedahkan lengan yang ‘gebu’ itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang alur bontot.
3. Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat. Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk punggung pun terserlah. Apa nak jadi ni?
4. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat. Tidak cukup dengan tu pakai ‘kain koyak’ pula. Apabila berjalan, terserlahlah ‘kemulusan’ betis malah kadang-kadang paha pun tersembul.
5. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat, macam skirt mini. Kaki bukan auratkah? Pakailah STOKIN!!!
6. Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu. Ingat korang Marilyn Monroe ker??
7. Ada perempuan bertudung, ‘merendek’ pula dengan pacar@cowok di bangku stesen bas,longkang2 dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.
8. Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. Ramai yang telah memberitahu tidak boleh menimbulkan bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki. Ermm....
ehsan sifu GOOGLE
antara kesalahan dalam etika berpakaian muslimah
Syahwat Lelaki
Berkenaan syahwat lelaki ini, pujangga berpendapat kebanyakan perempuan tidak memahaminya.Ini kerana perempuan dan lelaki tidak sama dari segi biologi keinginannya.Lelaki mudah saja naik syahwatnya sedangkan perempuan tidak.Kebanyakan perempuan ingat lelaki macam mereka. Itu tidak benar sama sekali.Pujangga pernah terbaca satu kajian mendapati lelaki terangsang secara puratanya sebanyak 30 kali sehari. Ini sudah semula jadi. Bukan dibuat-buat. Jadi bukan sesuatu luar biasa jika lelaki naik syahwatnya jika melihat aurat perempuan.Itu normal.Jadi untuk selamat dunia akhirat, lelaki dan perempuan wajib jaga aurat masing-masing. Ikut saranan al-Quran dan hadis.Jangan mahu dibantah hukum-hakam agama.
HENDAK SERIBU DAYA..TAK NAK SERIBU DALIH.....PANDAI-PANDAI LAH NANTI MENJAWAB DAN BERDALIH DIHADAPAN ALLAH....
Tak takut ker??? Pujangga perhatikan sekarang ini ramai perempuan bertudung. Alhamdulillah. Tetapi yang tidak sedapnya, semakin ramai wanita bertudung tetapi tidak menutup bahagian SENSITIF.Lepas tu, disalahkan pula lelaki mata keranjang...Lelaki buaya darat...Lelaki mengganggu..Lelaki sex maniac.....Siapa suruh buat-buat extra sexy?? Siapa suruh ??? Siapa suruh telanjang dikhalayak ramai??? Benar kata ramai ahli agama yang di akhir zaman, wanita berpakaian, tetapi hakikatnya mereka berbogel.... wallahuallam
INFO DI AMBIL DARI http://amirul-arif.blogspot.com/2010/06/hoi-jangan-mengundang-sehingga-lelaki.html
INFO DI AMBIL DARI http://amirul-arif.blogspot.com/2010/06/hoi-jangan-mengundang-sehingga-lelaki.html


0Awesome Comments!