Sabtu, 5 September 2009

PELBAGAI SEKSAAN KE ATAS WANITA


Sabtu, September 05, 2009 |

SAIDINA Ali r.a meriwayatkan sebagai berikut:
“Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah s.a.w dan kami temui baginda sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau: “Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Pada malam aku di Israk ke langit, aku melihat orang sedang mengalami pelbagai penyeksaan, apabila teringatkan mereka aku menangis.”

Saya bertanya lagi: “Wahai Rasulullah, apakah yang tuan lihat?” Baginda bersabda:
Ø Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.
Ø Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan cairan yang mendidih dari neraka dituang ke kerongkongnya.
Ø Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggung sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.
Ø Wanita yang digantung, diikat kedua kaki dan tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit di bawah kekuasaan ular dan kala jengking.
Ø Wanita yang memakan badannya sendiri serta di bawahnya kelihatan api yang menyala-nyala dengan hebatnya.
Ø Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.
Ø Wanita yang bermuka hitam dan memakan ususnya sendiri.
Ø Wanita yang tuli, buta dan bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut) dan badannya membusuk akibat penyakit kulit.
Ø Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan keldai yang mendapat berjuta jenis seksaan.


You Might Also Like :


0 ulasan:

Catat Ulasan